Monday, December 28, 2009

Weekend Yang Busy

Hujung minggu lalu merupakan minggu yg sibuk bagi aira & mummy. Bermula dengan birthday party hana di Bukit Jelutong pada hari jumaat, hari tu lebih kurang pukul 3.30 aunty rafiza & anak2 dia datang rumah kita untuk pergi bersama2 ke rumah hana, sampai je kat rumah hana, baby mummy ni buat hal sebab tak cukup tido, terpaksalah mummy pujuk sampai mummy pun tak sempat nak makan sangat kat rumah hana, dahlah rumah hana ada daging bakar bagai, hu hu hu, akhirnye masuk je dalam kereta bila balik baby mummy pun tido sampai sambung kat rumah wan...
Hari sabtu lak lebih kurang pukul 11.30 kita sekeluarga pergi rumah nenek ija kat seri kembangan sebab uncle fairuz kawin, sebelum pergi wan ma dah siapkan aira dengan gaun baby kiko yang mummy belikan, sampai je kat sana semua orang terus menyakat alani (3 pupu aira), alani (1 tahun 4 bulan) cukup jelez bila semua orang dukung & cium aira, rupanye masa aira pergi rumah nenek alani baru2 ni, alani sempat cubit aira sebab jelez punye pasal, alani, alani, kecik2 dah pandai cemburu, lepas je sessi dengan alani semua pun menjamu selera dengan nasi minyak yang sedap, lepas je makan, aira terus masuk rumah sebab dah panas, masa tgh tunggu kedatangan rombongan pengantin, tiba2 wan ma bawak masuk baby boy yang betul2 sebiji muka anak mummy, he he he, apa lagi mummy pun tangkaplah gambar aira dengan baby boy tu, tapi aira aktif betul, baby boy tu cool je, akhirnyer setelah rombongan pengantin sampai kita pun berangkat balik ke rumah, wan ma singgah kat rumah dengkil jap, kita & bondo singgah kat the sphere untuk beli barang dapur sikit...
Hari ahad adalah hari yang ditunggu2 setelah sekian lamanyer, hari tu merupakan hari untuk aira pergi studio, ini adalah merupakan kali pertama anak mummy pergi studio, utk setengah jam yang pertama, anak mummy posing dengan bagus sekali, aira akan senyum bila mummy agah, mula2 aira posing dengan romper oshkosh yang mummy baru beli, lepas tu posing lak dengan mumy poko pants (seksi gitu), untuk sessi ke-3, aira posing lak dengan legging & shirt mothercare, masa ni aira dah mula meragam, mummy terpaksa berhenti sekejap untuk upah susu buat anak mummy ni, lepas je minum susu, kita sambung balik photoshoot tapi aira macam badmood, rupanye anak mummy ni buat pelaburan, terpaksalah berhenti lagi, lepas sambung balik beberapa minit, mummy pun tukarkan baju tido growing up pulak yang boss mummy hadiahkan, inilah baju tido yang paling mummy suka, lepas je shoot beberapa minit, aira terus menangis sebab kepenatan, masa tu pun cukuplah sejam masa yang ditetapkan & kita pun balik ke rumah, sepanjang perjalanan balik aira pun tido.

Tuesday, December 22, 2009

Happy Birthday Princess Aira

Ahad baru ni genap 4 bulan umur anak mummy, happy birthday sayang, semoga panjang umur & sihat selalu, apapun untuk birthday yang ke-4 ni awal2 lagi mummy dah bagi present pillow untuk baby mummy ni & kita sekeluarga semua pergi berkelah kat Teluk Kemang. Awal2 pagi lagi mummy dah kejutkan baby n mandikan mummy, mesti baby marah sebab baby tgh syok2 tido mummy mandikan, bukan apa wan cakap kita nak bertolak pukul 8, tapi akhirnya bertolak pukul 8.30 dan lebih kurang pukul 10 pagi kita pun sampai kat TK.

Nasib baik mummy dah belikan swimming suit aira n swimming float awal2, so bolehlah aira melaram dengan swimming suit aira yang seksi tu, kat sana pun uncle siap belikan aira pelampung lagi. Apapun sebaik sampai kat TK, kita semua pun apa lagi makan la dulu sebelum mandi, wan dah masak pulut, nasi putih, sayur campur, rendang ayam, burger, hotdog, nugget, jagung rebus & sandwich tuna. Untuk picnic kali ni TEAM ORANGE gegirl je yang mandi, TEAM ORANGE boboy tak mandi jadi dia oranglah yang kena jaga aira bila aira tak mandi.

Lepas je makan, kita semua pun apa lagi, mandila. Inilah kali pertama princess mummy mandi air laut, bukan main seronok lagi, mummy pun seronok jugak. bila mummy pakaikan swimming float kat princess, bukan main lagi anak mummy ni swimming sendiri siap angkat kaki lagi. Lepas je mandi, mummy terus suruh atuk, daddy & uncle jaga aira sebab mummy & team orange yang lain nak naik bot pencil, inilah kali pertama mummy naik, takut nye Allah je yang tahu dan nasib baik tak jatuh tgh laut, kalau tak tak tahulah macam mana.

Lebih kurang pukul 12.30 kita pun bersiap2 nak balik sebab atuk ada hal, puas jugaklah mummy mandi laut sebab sepanjang mengandung rasanye belum sempat lagi mummy pergi mandi laut. Lepas ni mummy cadang nak bawak anak mummy pergi pool pulak...

Friday, December 18, 2009

LASAKNYE anak mummy

Sekarang ni princess aira dah pandai golek ke kanan, golek ke kiri, tak bolehlah mummy nak letak kat bawah sikit, sekejap je dah ke tempat lain, kalau dah merangkak nanti tak tahulah macam mana, lasak betul anak mummy ni. Kalo tido pulak mesti tak leh tido diam macam daddy, ikut mummy nyer, tido lasak, mesti aira tak suka tido kat bb cot aira sebab sempit, bukan mummy tak nak bagi aira tido katil mummy cuma mummy risau aira terjatuh katil atau mummy terhimpap aira, ha ha ha, maklumlah mummy pun tido lasak...
Semalam aira mesti marah mummy tak bawak aira jalan2, bukan mummy tak nak bwk cuma mummy sibuk kemas rumah baru kita, esok mummy janji mummy bawak aira keluar tapi tak pasti lagi nak ke mana, asyik2 pegi midvalle, mesti aira dah bosan kan, apapun next week adalah masa untuk kita pegi studio uncle sirol, mummy nak suruh dia snap banyak2 gmbr anak mummy ni sama macam uncle sirol snap gambar mummy kawin dulu...

Friday, December 11, 2009

Maafkan Mummy

Assalamualaikum puteri mummy, terlebih dahulu mummy nak mintak maaf sebab tak larat nak layan aira borak pagi tadi, mummy tahu aira sengaja bangun pukul 2, 3, 4 & 5 semata2 untuk borak ngan mummy, mula2 mummy layan jugak tapi bila aira bangun kul 6, mummy mmg dah tak larat nak bukak mata, akhirnye acu yang tolong tidokan aira, terima kasih acu.
Apapun hari ni seperti biasa mummy keja, tapi mummy tak boleh balik cepat sebab nak settlekan pindah rumah jadi mummy harap aira jangan nakal2 tau, esok mummy janji kita akan spend the whole day together2, bila rumah kita dah settle (pindah) nanti, mummy akan spend lebih masa untuk princess mummy ni, hug & kisses from mummy....

Thursday, December 10, 2009

Pegi Jalan-Jalan

Sepatutnye semalam mummy bawak aira pg midvalley lepas pergi hospital tapi disebabkan aira mengamuk satu hari kelmarin sebab nak pegi jalan terpaksalah pagi2 lagi semalam mummy bwk aira pg midvalley dengan bonda, lagipun dah sebulan kita tak pegi midvalley.
Bila kat midvalley pulak aira tak nak duduk kat stroller agaknye susah nak tgk sekeliling, so terpaksalah mummy & bonda gilir2 dukung aira, lepas ni terpaksalah mummy beli baby carrier sebab mummy tak larat nak dukung aira lama2. Kat midvalley seperti biasa, mummy mesti shoppingkan barang aira, semalam mummy belikan aira pilliowcase baru, headband baru, mainan baru, stokin baru & ada satu barang special yang mummy tak boleh mentionkan kat sini (atas sebab keselamatan). Mummy harap aira suka dengan semua yang mummy belikan.
Lepas settle shopping kat MV, mummy pun bawak aira ke Pantai Medical Center untuk cucuk 3 bulan, seperti biasa kita akan sampai dulu sebelum Dr Kamaruddin sampai, he he he, dr tu senyum je sebab tgk berat aira dah 6.25kg dengan usia 3 bulan setengah. Semalam juga untuk kali pertama aira tak menangis bila dr cucuk, aira dah kuat sekarang, pagi tadi pulak aira dah pandai pegang botol susu sendiri, GOOD JOB PRINCESS AIRA, lepas ni takyahlah mummy pegangkan botol aira lagi...

Monday, December 7, 2009

Birthday Present

Sebelum aira lahir, mummy mmg dah plan nak celebrate birthday aira everymonth sampai 1st birthday, so untuk bulan yang pertama mummy belikan aira sepasang kasut KIKO bila kita pergi Alpha Angle. Untuk bulan ke-2 pulak mummy belikan aira kasut Osh Kosh kat One Utama dan untuk bulan ke-3 pulak mummy belikan aira 2 pasang kasut Mothercare n sepasang kasut Guess kat aunty linda. Bagi bulan ke-4 yang akan datang pada 20-12-2009 ni mummy dah tak nak belikan kasut walaupun baru2 ni wan ma belikan aira sepasang lagi kasut KIKO, mummy dah tempahkan Aira bantal kat Cotton Picking, mummy siap tulis Baby Aira kat bantal tu lagi, semoga aira dibuai mimpi indah dengan bantal baru aira tu nanti.
Sebenarnya untuk present aira bagi bulan ke-5 & ke-6 pun mummy dah sediakan cuma mummy akan bagi present tersebut apabila tiba masanya nanti, tapi bulan ke-7 mummy dah suruh daddy pulak yang belikan present untuk aira, harap aira suka dengan semua present itu nanti, seperti biasa, mummy doakan aira panjang umur, sihat sentiasa & jangan nakal2 tau, mummy always love you...

Friday, December 4, 2009

Birthday Celebration

Walaupun anak mummy baru 3 bulan setengah, tapi mummy dah fikirkan konsep untuk birthday Aira nanti, itupun mummy dapat idea lepas mummy ambil bantal yang mummy tempah untuk birthday aira yang ke 4 bulan nanti di Cotton Picking (Great Eastern Mall). Dahlah baju tu warna PINK, kena sangat dengan warna kegemaran mummy. Insya-Allah kalau masa tu rezeki mummy & daddy lebih, mummy ingat nak celebrate birthday Aira kat luar nanti. Tak sabar mummy nak tunggu bulan August tahun depan, dahlah sama bulan dengan mummy pulak tu, design cup cakes untuk birthday aira mmg dah ada kena sangat dengan dress aira tu nanti cuma cake aira nanti mummy belum decide nak buat bentuk apa, mummy doakan aira panjang umur & jadi anak yang SOLEHAH, amin....

Thursday, December 3, 2009

Pagi Yang DINGIN

Malam tadi tok wan & wan ma buatkan doa selamat untuk umah sewa baru kita (bilalah kita nak duduk kat umah kita kat country home, hu hu hu), mummy tido lambat sebab basuh pinggan n sambung gosok baju anak mummy, anak mummy ni satu hari kadang2 pakai baju sampai 6 pasang, kali seminggu, banyaknye baju yang mummy kena gosok, akhirnye mummy tido pukul 12 malam.
Pagi ni seperti semalam hujun turun dekat nak subuh, aira bangun lagi pukul 5am untuk minum susu, mummy sebenarnye tak leh bukak mata tapi bukakkan jugak demi aira, lepas menyusu mummy harap sangat aira tido balik tapi rupanye aira nak main, tapi aira macam tak selesa mungkin nak tido buai, jadi mummy masukkan kat buai supaya aira cepat tido, masa mummy masukkan kat buai, mummy terbau aroma yang menyegarkan mata mummy, rupanye anak mummy tak selesa sebab dah buat PELABURAN, selalunye aira akan buat PELABURAN pukul 8-10, terpaksalah mummy bersihkan n tukarkan baju aira, mummy bagi susu lagi & aira pun tertido sebab dah kenyang & selesa.
Tapi aira tido tak lama, sejam lepas tu aira bangun & pada masa yang sama wan ma bagitau nak bawak aira ambil wan long di KLIA (balik dari mekah). Mummy & wan ma pun siapkan aira, tapi malangnya terpaksa pergi lewat sikit ke KLIA sebab flight delay, so aira pun tertido selepas mandi, seperti biasa mummy nak ingatkan aira bila jalan dengan wan ma, BEHAVE yourself, DONT naughty2, be a GOOD GIRL & always SMILE.

Wednesday, December 2, 2009

My Favourite Drink

Pagi ni aira minum banyak sangat, selalu mummy buatkan susu 5 auns cukup je, tapi ari ni tak cukup pulak, aira siap cakap agi agi, mungkin maksud aira nak lagi, nak lagi, mummy mmg dah belikan aira botol avent yang medium tapi mummy rasa dengan umur aira yang baru 3 bulan eloklah guna botol avent yang small sebab malulah mummy orang tahu ank dara mummy ni kuat minum.
Hari ni tok wan & wan ma nak bawak aira jumpa tok nyang & nek nyang buat pertama kali, bila wan ma dah mandikan aira, aira tak nak tido walaupun dah mengantuk sebab aira takut kena tinggal, nakal betul anak mummy, tahunye bila dah comel mesti nak pegi jalan, masa mummy nak pegi keja, pengasuh aira bagitau lepas mandi je mesti nak jalan2 kat luar rumah, bucuk betul anak mummy, nanti bila mummy cuti mummy bawak aira pegi jalan, sekarang ni pun aira dah pandai duduk kat car seat aira, dah tak nangis macam dulu, kalau tak dulu mummy kena bawak orang lain pegangkan aira, sekarang ni kita bole jalan berdua je, lepas ni lagi panjanglah langkah mummy, apa lagi pegi mall la, shopping barang anak dara mummy ni...

AIRA @ SALOON


Akhirnya tercapai jugak hajat mummy nk botakkan rambut aira tapi wan ma tak bagi botak licin, disebabkan tiada siapa yang berani nak botakkan rambut aira terpaksalah mummy bawak aira ke saloon, mula2 rambut aira di cukur, aira okay je, lama2 aira mula menangis, kesian anak mummy tak ada rambut, tapi tak pe mummy percaya rambut aira akan cepat panjang balik, tak sabar mummy nak gayakan rambut aira nanti, yang pasti mestilah wan ma yang dandankan sebab mummy tak reti sangat....

TAHNIK - BELAH MULUT


Sebelum aira lahir, mummy dah niat nak panggil iman atau etc untuk tahnik & cukur rambut aira, jadi tok wan pun dah tanya kat imam aris, (masa aira baru keluar dari hospital) tapi masa tu imam aris tak nak buat sebab tali pusat belum putus lagi, akhirnya setelah hari kesebelas barulah tali pusat aira putus dan pada hari kedua belas kalau tak silap mummy, mulut aira pun di tahnik. Rambut aira pulak tak jadi dicukur sebab imam aris tak berani, semua orang tak berani masa tu dan akhirnya wan ma decide nak botakkan aira selepas Majlis Aqiqah.

MENIARAP

Mummy perasan aira mula nak menirap masa umur 2 bulan tetapi aira tak berjaya, aira mengamuk masa tu, lepas tu 2 bulan 18 hari aira berjaya meniarap dan 2 bulan 25 hari aira berjaya angkat kepala bila meniarap, GOOD JOB PRINCESS AIRA, sekarang ni aira asyik meniarap je bila mummy baringkan, aira pun dah pandai tido meniarap, dulu mummy takut meniarapkan aira tapi sekarang ni aira dah pandai meniarap sendiri bila tido...