Saturday, August 21, 2010

happy birthday princess AIRA




Akhirnyer masa yg di tunggu2 telah tiba, banyak jugak preparation awal yg mummy dah buat, utk mini birthday bash kali ini mummy tempah cake kat secret recipe, balloon & foil kat balloon buzz, makanan dari dapur wan ma & baju disponsor oleh bonda dari mothercare, pada hari tersebut mummy ambik halfday leave semata2 takut tak cukup masa, balik je dari office mummy terus :-




12.30 - 1.00 on the way from office


1.00 - 1.30 ambik wan ma dari beli ikan


1.30 - 3.00 kemas & mop rumah


3.00 - 5.00 ambik balloon & foil, cake & beli bebola daging utk wan ma


5.00 - 7.00 pump balloon & masak ayam goreng kentucky


7.00 - 8.30 berbuka & buat preparation


8.30 - 11.30 mini bday bash princess AIRA




Walaupun masa agak terhad akhirnye semuanyer berjalan dengan lancar, pada malam tersebut bobo aka khalisa pun pakai tee yg sama sebab hari tu pun bobo genap 4 bulan. Antara tetamu yg hadir pada hari tersebut ialah aunty farah & family, cik leen, mak ngah & kak wa wa, abg asyraf & kak najiha, abg ammar & kak ika serta pak long afiq, terima kasih sbb sudi luangkan masa & membantu apa yg patut.




Kebetulan daddy keja malam pada hari tersebut, dapatla daddy join kita pada malam tersebut, sebenarnya daddy kerja shift tu la sbb daddy selalu jarang bersama aira & mummy tapi biasala ada jugak mulut jahat yg cakap bukan2, apapun abaikan. Masa acara potong cake princess aira mengamuk sbb tak dapat pegang cake & menangis sbb nak susu, mummy sengaja tak nak bagi takut princess tertido tapi sebenarnye princess nak tambah tenaga, he he he. Masa nak potong cake jugak mummy lupa nak keluarkan balloon with helium & foil so terpaksala princess aira posing lagi sekali, kesian dia, apapun mummy harap semua orang happy pada malam tersebut terutama princess AIRA sbb dah lama mummy rancang nak buat semua ini.




Akhir sekali mummy doakan semua yg TERBAIK buat prinecss mummy ini, salam peluk & cium buat puteri mummy yg seorang ini.

Tuesday, June 15, 2010

4 bulan kedua

aira berusia 8 bulan

aira berusia 7 bulan

aira berusia 6 bulan

aira berusia 5 bulan




Monday, June 14, 2010

4 bulan pertama

aira berusia 4 bulan
aira berusia 3 bulan

aira berusia 2 bulan

aira berusia 1 bulan

berusia 6 hari setelah keluar ward





memperkenalkan KHAIRA KHALISA a.k.a adik sepupu AIRA INSYIRAH

  1. khaira versi tido

khaira versi jaga

nama saya khaira khalisa

saya adik sepupu princess aira, kak long ra lahir 20-08-09, saya lahir 20-04-10




princess aira versi ANAK DARA SUNTI

Sebenarnye mummy tak sabar nak tunggu hari raya untuk pakaikan anak dara mummy ni baju kurung, so mummy pakaikanlah bila aira ikut datuk & wan ma pergi kenduri kawin, he he he


kesayangan datuk

princess aira dah boleh JALAN


Dah lama sangat mummy tak upload blog princess aira mummy ni, tak ada masa & malas sebenarnye, apapun tinggal lagi 6 hari lagi untuk princess aira berusia 10 bulan, mummy bangga dengan pencapaian princess kesayangan mummy ni, banyak milestone princess yg mummy malas nak record apapun dari princess lahir semuanye lebih kurang mcm ni lah :-

masa lahir - cuma tahu menangis aje
kalau nak minum susu mesti menangis sambil menari bak kata nurse kat MHKL
kalau nak tido pulak mesti gosok mata
2 bulan setengah - MENIARAP
5 bulan setengah - MERANGKAK
6 bulan setengah - DUDUK (kalau tak silap sbb sebelum 7 bulan princess dah boleh duduk, terkejut dr kat KLINIK KELUARGA tu)
8 bulan setengah - dah berjalan 2 tiga tapak
9 bulan setengah - dah boleh berjalan dengan langkah yg lebih panjang & ada 4 batang gigi

antara perkataan yg princess selalu sebut :

ema
mama
my - mummy
daddy
tata

princess juga suka ikut apa yg mummy atau orang lain buat contohnyer mummy suka epok2 bila princess nak tido, princess pun akan epok2 mummy jugak, bagus betul anak mummy ni, princess paling susah nak kiss orang tapi ngan khaira princess asyik nak kiss je, apapun lebih kurang usia princess 9 bulan la princess bagi morning kiss kat mulut mummy sebanyak 2 kali, terkejut mummy & mummy rasa terharu sangat

masa princess lahir dulu berat princess cuma 3.5kg aje, masa usia 9 bulan dah 8.1kg, mantap woo anak mummy ni, kalau kat tin susu tu tulis sehari minum 3 kali sebanyak 7 oz, princess minum 7 kali sehari sebanyak 7 atau 4 oz, hu hu hu

masa ulang tahun pertama princess nanti mesti princess dah boleh berlari dengan lajunyer, masa tu penatla mummy nak kejar....

Sunday, March 21, 2010

Happy Belated Birthday Aunty @ Mama Siti

Nampaknye aunty @ mama siti yang membuka tirai birthday pada tahun 2010, inilah kali pertama kita celebrate birthday aunty selepas aunty bergelar isteri kepada uncle pada bulan julai tahun lepas, uncle pun tak tahu yang kita nak buat suprise birthday party buat aunty sebab uncle plan nak celebrate ngan keluarga kita pada mulanye, tapi keluarga aunty pun nak celebrate birthday aunty jugak, jadi hari sabtu celebrate ngan kelaurga aunty & hari ahad celebrate dengan keluarga uncle merangkap keluarga kita. Mula2 mummy call uncle bagitau yang Aunty Sharmi celebrate birthday anak dia kat A&W Taman Jaya, disebabkan daddy kerja jadi mummy mintak uncle send kita ke sana, uncle pun setuju, masa tu uncle baru balik wedding, so mummy suruh dia balik rumah tukar baju dulu sebelum pergi sebab mummy bagitau yang Aunty Sharmi jemput dia makan dulu, mula2 uncle tak setuju sebab segan, dia ingat kat rumah, tapi bila mummy cakap kat A&W dia setuju, puaslah mummy bagitau yang Aunty Sharmi akan hantar mummy balik sebab dia risaukan aira, sampai jer kat A&W, uncle pulak parking kat area ibu parking, puaslah mummy bawak aunty lalu jalan sempit takut aunty perasan kereta ibu, wan pulak parking kat jauh takut uncle perasan kesian wan, nasib baik uncle & aunty tak perasan, sampai je kat dalam kebetulan ada orang buat birthday party, he he he, bila mummy bawak aunty kat meja, aunty & uncle terkejut sbb wan, datuk, ibu, uncle , acu & umi dah ada di situ, bertambah terkejut lagi cake yang di atas meja tulis nama aunty, aunty cakap dia terharu sangat, untuk uncle jangan lupa yer bayar balik duit cake n jamuan pada hari tu, hu hu hu. Lepas jer majlis selesai, masa nak kuar kat pintu, betul2 Aunty Sharmi ada kat situ, dia bawak anak2 dia makan kat situ, agaknye Aunty Sharmi macam tau jer nama dia disebut2 kat A&W, he he he.

10.30am - Wan Ma decide nak celebrate birthday aunty petang ni, so mula2 kena beli cake dulu tapi mummy belum mandi, apa lagi lepas jer mummy mandi, wan, aira & mummy pun menuju ke kedai cake berhampiran, mula2 kita decide nak pergi kat Bangsar, on the way ke sana, wan suruh mummy u-turn sebab kat Bangsar South ada Secret Receipe, sampai jer kat Secret Receipe jam menunjukkan tepat kul 12.00, so mummy & wan decide lunch sekali kat sana, wan order Tomyam Kung, mummy lak order grilled chicken with rice n for princess wan orderkan Carrot Slice pujaan hati mummy, princess makan sikit jer sebab mengantuk n terus tertido. Untuk cake aunty pulak mummy decide untuk beli Yogurt Cheesecake yang dilimpahi Rasberry Sauce pujaan hati Wan, lepas jer makan, kita semua pun balik ke rumah. Mula2 wan decide nak celebrate kat Taman Jaya tapi disebabkan tak ada siapa yang rajin nak masak, mummy decide untuk buat kat A&W jer senang, tak yah nak penat2.

1.00pm - Sampai jer kat rumah wan bersiap untuk pergi wedding officemate datuk & mummy pulak ke dapur untuk siapkan hidangan tgh hari untuk daddy, disebabkan minyak ada sikit jer, mummy cuma sempat masakkan sambal sardin, bayam goreng n telur dadar special untuk daddy, he he he, sebenarnye mummy malas nak masak sebab dah kenyang.

4.00pm - Aira, mummy, uncle & aunty bertolak ke A&W, sampai jer di sana, acara memotong cake dimulakan, lepas jer makan semua orang pun balik, bila masuk jer dalam kereta hujan pun turun dengan lebatnyer....

Happy 7M Birthday Princess Aira

8.00pm - Semua dah bersiap untuk pergi kenduri kawin abg khir kat Jenjarum, Banting, disebabkan jem yang sedikit teruk kami sampai di rumah pengantin lebih kurang pukul 9.30pm, sampai jer kat sana apa lagi la, MAKAN TIME, mula2 mummy makan SOTO AYAM, pastu makan CHINESE FRIED RICE, lauk pauk n WEDGES with BLACK PAPER SAUCE, YUMMY, nasib baik ada cik ani kat sana untuk baby sit aira, lebih kurang pukul 10.30pm kita pun bertolak balik, seperti biasa aira sure tido bila masuk kereta, mummy pun tertido sama.

11.00pm - bila mummy terjaga rupanyer semua berhenti kat petrol pump untuk pergi toilet, patutlah semua masuk toilet rupanyer semua orang nak pergi i-City kat Shah Alam, nasib baik mummy bawak stroller sebab princess tido kalo tak siapa lak nak dukung princess sebab semua orang sibuk nak bergambar, rupanyer ibu, uncle n umi dah pergi kat sana terlebih dahulu, mula2 kita masuk kat rumah salji, sejuk kat sana, BEST, lepas tu pergi pusing2 kat seluruh kawasan yang ada lampu, dahlah battery camera mummy low, nasib baik boleh snap picture lagi, masa kat sana mummy nak belikan hair band yang ada lampu bentuk mickey mouse, tapi dah habis jadi mummy belikan stick yang berlampu yang ada patung dora, he he he, rambut dora kan macam rambut mummy, lain kali mummy nak pergi lagi tapi awal sikit supaya princess boleh tgk lampu kat sana.

12.30pm - selamat sampai di rumah, lepas jer princess minum susu princess pun sambung tido balik, nasib baik tido kalo jaga alamak nayala mummy...

SUNAT

Friday - 19-03-2010

10.00am - Lebih kurang pukul 10.30 pagi aira, mummy n daddy sampai di Klinik Keluarga untuk sunatkan aira, mula2 mummy decide nak bawak aira jumpa Dr Alwi tapi wan cakap lebih elok cari dr perempuan, kebetulan di Klinik Keluarga sebelah pagi dr perempuan, sebelum aira punyer turn ada jugak baby girl yang datang untuk sunat, dia kecik lagi n nangis sikit jer, bila time aira disunatkan, aira pun nangis sikit jer, lepas jer sunat aira terus duduk seperti biasa, dr tu punyerlah terkejut,
Dr : anak u buat apa ni
Mummy : duduklah dr
Dr : macam mana dia boleh duduk sendiri patutnyer at her age sit with support, anak u nak masuk 7M ke 8M
Mummy : tomorrow 7M la dr
Dr : first time i jumpa baby yang duduk cepat, anak i pun tak cepat macam dia (dr tu pun citalah kekejutan dia kat asst dia)
Mummy : (mummy saje jer terkejutkan dr tu lagi dengan memberitahu) actually my daughter dah boleh berdiri n berjalan dengan berpaut pada usia 6 bulan (lagilah dr tu terkejut, dia suggest mummy tgk kat u tube macam mana nak train brain princess supaya lebih cepat belajar n etc
Lama jugaklah mummy bersembang ngan dr tu, macam kawan lama lak & yang pasti patient lain sure bengkek giler sebab turn aira lama sangat

11.00am - Sampai jer kat rumah mummy pun sediakan hidangan tgh hari, nasi arab, ayam goreng arab n sambal tomato, patutnyer buat acar timun n nenas, mummy malas nak buat he he he, untuk princess lak seperti biasa bubur nasi + ayam + kentang + carrot, YUMMY

2.00pm - Tibalah masa yang mummy tunggu2, pergi bb fair kat MV, sampai jer kat MV lebih kurang pukul 2.30, sementara tunggu acu pergi survey kita pun pergilah kat tingkat 3 kat MV, tahun ni tak best sangat sebab sikit jer yang participate, mummy tak beli aper sebab tak menarik sangat, mummy cuma belikan toothbrush untuk princess n mummy lak beli magazines n novel, lepas jer pusing kat situ, acu pun pergi survey n mummy bawak princess n abg amal makan ice cream kat baskin robin, seperti biasa mummy belikan princess perisa vanilla n abg amal pilih perisa mint

4.00 pm - Lepas jer makan ice cream, seperti biasa mummy mesti bawak princess kat toyRus, sebelum sampai kat situ, mummy singgah kat Party Princess utk belikan hair clip untuk princess, mummy beli 2 set &n 2 barang lagi untuk birthday party aira nanti, kat toyRus pulak mummy belikan princess first walker yang ada music, masa kat situ, princess bukan main seronok sangat ketawa kuat sampai terlompat2 sebab seronok tgk mainan banyak sangat, princess tahu toyRus mmg tempat mainan kot, he he he mummy jugak belikan abg amal remote car kat Jusco masa tukarkan diaper princess.

6.00 pm - Sebelum balik kita singgah kat Carrefour untuk belikan groceries untuk wan, masa nak pergi kat parking mummy terjumpa aunty Sharmi n anak2 dia, tak dapat nak jumpa kat bb fair terjumpa lak kat parking, he he he ...

Wednesday, March 17, 2010

Lagi 3 hari ..


Lagi 3 hari jer lagi aira akan menyambut hari jadi yang ke-7 bulan, happy birthday in advance sayang mummy, sebenarnye mummy sungguh bangga dengan pencapaian aira sekarang ni pada usia menjelang 7 bulan aira sudah boleh duduk dengan sendirinye, boleh merangkak dengan lajunyer dan boleh berdiri dan berjalan sambil berpaut, good job princess aira, cuma aira belum tumbuh gigi jer lagi, tak perlah sayang, lambat tumbuh lambatlah runtuh ye tak.

Sekarang ni aira bukan main manja lagi dengan mummy, bila mummy balik rumah, wan ma pun aira dah tak heran yer, tak baik macam tu, dahlah wan ma yang jaga aira dari aira lahir lagi, kalau aira demam pun, wan yang akan berjaga malam, mummy cuma tgk jer, he he he, wan jugak yang akan masakkan aira punyer bubur, jadi kita kena ucapkan jutaan terima kasih kepada wan ma, semoga wan ma dipanjangkan usia, bolehlah wan ma tgk aira membesar sampai masuk universiti.

Kalau dulu mummy mandikan aira kat sink jer sekarang ni mummy kena mandikan dalam bathroom, aira terlalu tinggi untuk mandikan kat sink, mummy tgk aira bukan main enjoy lagi main air dalam bathtub aira, sikit pun tak nangis, nanti kalau ada masa mummy bawak aira mandi kat pool pulak yer sayang, tak sabar mummy nak tunggu aira berjalan, masa tu penatlah mummy nak kejar aira, sekarang ni pun aira bukan main lasak jer, semua bilik aira nak masuk dan tempat yang paling aira suka adalah dapur, anak dara mesti pandai ke dapaur tau sayang, okaylah, hari sabtu ni kita akan celebrate birthday aira sekali dengan birthday mama siti, mesti seronok...

Thursday, March 4, 2010

Nurul Zinierah

Dah lama sangat nampaknyer mummy tak update blog princess aira ni, tak de idea sebenarnye, apapun mummy nak ambil kesempatan di sini untuk ucapkan tahniah kepada kawan baik mummy aunty nurul bazliah sebab dapat baby girl pada 03-03-2010, tarikh yang cantik, senang nak ingat.

Awal2 lagi bila aunty nurul bagitau yang dr sahkan bb dia girl mummy pun apa lagi belikan present baju newborn colour white n purple, mummy ni giler warna PINK, aunty nurul lak giler warna PURPLE, alhamdulillah ada lak baju warna purple yang comel, selain tu mummy belikan sarung tangan n kaki yang tulis ADORABLE macam umi belikan aira, mesti comel bila zinierah pakai nanti, aunty nurul sebenarnye request present lain tapi yang tu lambat lagi nak guna, jadi mummy hadiahkan baju dulu, tak sabar rasanyer nak tunggu ahad ni sebab kita berdua ngan uncle zam n aunty dura akan melawat nurul zinierah yang comel itu dan pagi ni nasib baik mummy terima baju princess yang mummy order kat FB, nasib baik posmen tu called jadi mummy suruh dia tinggalkan kat office sebelah sebab office mummy bukak kul sepuluh, kalo tak bila dia dah tinggalkan sorry note terpaksalah mummy ambik kat pos office isnin ni, tak sabar nak laramkan princess mummy ngan baju baru, mesti daddy pening kepala mummy asyik beli baju baru, rasanyer dah lebih 10 helai baju baru princess, he he he

Wednesday, February 17, 2010

saat yang mencemaskan

Mummy takkan lupa sepanjang hidup mummy semenjak aira lahir, inilah kali pertama aira kena demam panas, bermula pada malam hari ahad 7hb Feb, malam tu mummy terpaksa tido kat rumah wan ma sebab badan aira panas & aira asyik meragam, esok paginye mummy & daddy pun bawak aira ke klinik dr Alwi, dr kata suhu masih dalam keadaan terkawal - 38.1, dia bagi ubat seperti biasa, malam tu aira panas lagi, wan suggest pergi klinik balik untuk masukkan ubat ikut tut sebab panas aira tak nak turun walaupun dah berbagai cara wan cuba, jadi terpaksalah mummy & daddy bawak aira sekali lagi ke klinik tgh mlm tu jugak jugak.

Pada hari selasa panas aira tak kurang jugak dan bertambah panas lebih2 lagi pada waktu malam, hari rabu pulak wan ma called dari tadika pagi2 suruh mummy bawak aira check darah, so mummy & daddy pun bawak aira untuk check darah, masa dr nak ambik darah aira tu la saat yang paling menyedihkan sebab mummy tahu aira sakit tapi semua tu untuk kebaikan aira, bila dapat result, dr kata darah aira ok, tak ada denggi & tak ada H1N1, sebelah petang tu pulak mummy bawak aira jumpa pakar kat HKL sebab aira ada appointment kat sana, dr kat sana pun pelik, dia kata semuanye ok & kenapa dah 4 hari panas aira tak kurang, dr suggest masuk ward, mummy mintak nak masuk esok sebab tak buat persediaan, padahal mummy malas nak masukkan aira kat HKL sebab jem n susah nak parking, PPUM or PMC lebih dekat dari rumah kita, dr kata kalo panas kurang tak payah datang balik.

Sampai je rumah, wan pun minumkan aira aira kelapa, alhamdulillah malam tu panas aira terus surut dan keesokkan paginye barulah mummy tahu rupanye aira kena campak patutlah demam aira panas sangat. Masa aira demamlah saat yang paling merisaukan sebab aira terlalu lemah sampaikan nak senyum pun susah, sekarang ni aira dah kembali aktif & mampu tersenyum seperti biasa.....

Wednesday, January 20, 2010

happy birthday princess AIRA

Semalam merupakan birthday yang ke-5 bulan anak mummy, semoga dipanjangkan umur, sihat selalu & menjadi anak yang baik ye sayang, awal2 pagi lagi mummy dah nyanyikan lagi happy birthday buat princess, lepas tu mummy pun hantar pincess kat rumah baby sitter & terus balik rumah balik untuk bersiap pergi kerja.

Habis je kerja pukul 1 lebih mummy terus balik rumah, sampai dekat rumah mummy makan siap2 dulu sementara wan siapkan princess, lepas semuanye dah siap kita pun pergi kat Pantai Medical Center, sampai je kat sana rupanye kita merupakan orang ke-6, selalunye dapat no 1 atau 2, semalam ada 2 baby baru lahir yang turun untuk buat medical check up dengan dr Kamaruddin, ada satu bb tu mummy dia turun kat klinik sekali, ada seorang bb tu granny dia yang bawak, agaknye mummy dia tak larat nak turun bawah, kali ni dr advice untuk ambil injection 5 & 6 bulan sekali, so lepas ni tak payah datang sampai umur setahun, kali ni princess menangis tapi sekejap je, mungkin terkejut, lepas je settle semua kita pun balik rumah.

Sampai kat rumah je princess terus tido sebab dah mengantuk sangat, tapi bila bangun princess mengamuk sebab mummy tak bawak pergi jalan seperti selalu, mummy pun dah bosan bawak pergi midvalley, jadi mummy pun siapkan princess untuk ke The Sphere, tujuan mummy ke sana selain bawak princess mestilah nak makan ABC kat SnowFlakes, he he he, lepas makan ABC n shopping barang dapur sikit kita pun balik, lepas je maghrib princess pun tertido kepenatan....

Sunday, January 17, 2010

hari MAKAN sedunia

saturday - 16 jan 2010

breakfast - nasi lemak, karipap, pulut panggang + horlicks ice (LG SOGO)
lunch - mee udang + abc special (FOODCOURT SOGO)
tea - classic cheese, carrot slice, spaeghetti meatball & orange + peach juice (SECRET RECEIPE)
dinner - siakap steam (MOM'S HOUSE)
supper - roti cicah sup tulang, nasi putih, gulai nenas ikan masin, ayam masak merah, daging rendang, sayur campur, kueh cara berlauk, kueh apam, choc ball + air oren (PAK NGAH'S HOUSE)

sabtu yang SIBUK

pada hari sabtu yang lepas merupakan hari yang teramatlah sibuknyer buat mummy, pukul 8.00 pagi lagi mummy dah keluar rumah sebab nak pergi PREVIEW SOGO, mula2 mummy antar umi kat UM sebab umi ada seminar tapi macam seminar makan je (ha ha ha) pastu terus ke sogo dan sampai di sogo around 8.30pagi, mummy pun register untuk jadi member, tepat pukul 9.00 pagi apa lagi semua pun serbu, mummy & ibu breakfast dulu sebelum memulakan MISI kami, kita orang makan nasik lemak, karipap, pulut panggang, kuih bijan & hor hor hor (horlicks), lepas je breakfast kami pun shopping kat supermarket dulu, mummy beli diapers for princess, 4 packs lagi sebab semua orang beli jadi mummy pun belila he he he , lepas je beli kita orang pun hantar barang kat kereta dan naik atas lak kat 4th floor, kat 4th floor mummy belikan playpen graco, walker sweet cherry, beli barangan avent, beli tilam lateks & playpen cover bumble bee, slash book for princess, stokin lagi, baju, bib, manicure set, ibu pulak beli sandal baru.

Nasib baik la promoter graco tu tolong angkat barang kat kereta, dahlah ibu mengandung, kesian ibu berbondong2 bawak barang princess, lepas je antar barang kami pun naik kat tingkat 7 untuk claims voucher & gift, mummy dapat voucher RM 120.00 & free gift (spend above 1k) teaset casablanca, comel sangat untuk dihidangkan kepada tetamu, nak display kat display rack pun comel, kebetulan pulak ada counter untuk pregnant women, jadi tak yahla mummy susah2 nak beratur, he he he, kat 7th floor jugak mummy ada beli sikit untuk keperluan dapur.

Lepas settle semuanye kita orang pun turun pergi lunch kat 6th floor - food court, mummy order mee udang, ibu lak order char kueh teow ngan abc special & fruit cocktail yang tak sedap langsung, he he he, abis je makan kita orang pun balik sebab dah penat sangat, masa kat LG, mummy beli lagi 2 packs diapers, he he he, sampai 6 semuanye, lepas ni takyah la asyik shopping diapers je, hu hu hu...

Lepas mummy anta ibu kat office uncle, mummy pun singgah office mummy jap untuk jumpa uncle talib & check FB, pastu mummy pun jumpa aunty iza shazli kat alpha angle, mula2 kita orang plan nak makan kat johnny's tapi aunty iza decide nak makan cake kat secret receipe, so aunty iza order carrot slice & spaghetti meatball, mummy lak order fav mummy classic cheese - YUMMY dan juice orange + peach. Habis je makan, mummy pun hantar aunty iza pulak ke SOGO n mummy terus balik rumah,

Kat rumah wan ma pulak ada siakap steam, mummy makanlah sikit (mmg tinggal sikitpun, wa wa wa), lepas maghrib semua orang bersiap untuk pergi rumah tok ngah (subang permai) sebab aliff (2 pupu aira) sunat, kesian aliff 8 bulan dah kena sunat sebab ada masalah, anak mummy je belum sunat, he he he, minggu depan kalau mummy free mummy bawak princess pergi sunat ye, kat sana pulak nasib baik princess tak meragam, lepas menjamu selera kita pun balik & sampai rumah dekat pukul 12.00 malam.

Friday, January 15, 2010

Lagi 5 hari

Tak sabar rasanye nak tunggu rabu ni, sebab princess mummy dah masuk lima bulan, sekejap je rasa, sekarang ni mummy tahu princess sedang cuba sedaya upaya untuk merangkak, GOOD JOB princess AIRA, harap2 by 20th ni princess dah merangkak so that you can show to your paeditrician, Dr. Kamaruddin @ Pantai Medical Center rabu depan...
Sebenarnye mummy dah belikan princess BUMBO SEAT untuk birthday kali ni tapi disebabkan princess dah pakai, so terpaksalah mummy belikan present lain, seperti mummy yang lain yang ada anak perempuan, mummy pun belikanlah princess barang kemas, last week mummy dah belikan princess sebentuk cincin but without diamond yea n for this week mummy belikan rantai kaki, dahlah harga emas sekarang ni mahal, ingatkan bolehlah mummy belikan rantai tangan sekali tapi nampaknye cincin dan rantai kaki je dah lebih 4 angka, so rantai tangan mummy akan belikan lain kali ye. Masa kat kedai emas tu ada jugak mummy usha gelang white gold untuk mummy tapi mungkin lain kalilah nampaknye, apapun HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE ye sayang, semoga jadi anak yang solehah. Kat sini jugak mummy nak bagitau yang mummy dah jumpa design cake untuk birthday princess nanti, itupun mummy terpaksa surf website luar negara, sebab rata2 pembuat cake kat sini kata, dia tak pernah ambil tempahan seperti yang mummy nak, so dia orang mintak gambar, lega betul sebab mummy dah ada 2 design untuk mummy pilih nanti, seperti biasa theme untuk birthday princess nanti of courselah PINK, my fav colour....

Thursday, January 14, 2010

REUNION - 10-01-10

Akhirnya pada ahad yang lepas, reunion yang dirancangkan selama ini menjadi kenyataan, walaupun tempat yang berbeza tapi yang penting semua gembira sebab dapat berjumpa dengan kekawan lama, terima kasih diucapkan kepada yang sudi meluangkan masa terutama azie & shahril yang sanggup datang dari johor bahru, kepada atot & mama miah dari kajang, kepada kak wid, siti putih, noor, apit, talib, mak ngah, umi & ibu serta aunty mass yang datang lambat, harap semua enjoy pada hari tersebut, apapun mummy bersyukur sangat sebab princess aira mummy ni tak buat hal...
Pada hari tu mummy order ala carte - nasi putih, sharkfinsoup with crabmeat, vege with mushroom, chicken with dried chilies & prawn butter, walaupun ringkas sebab budget mesti under control, tapi makanan & layanan not bad, lepas je makan, aunty azie pun celebrate anniversary dia yang ke-4 dengan mini cup cake yang mummy tempah kat my vanilla pod & uncle fazuan untuk birthday yang ke-25 dengan cake yang dibeli di secret receipe, walaupun mummy agak kecewa sebab bukan classic cheese tapi yang penting dapat makan cake secret receipe...
Lepas je makan, semua tetamu pun ambil gambar untuk kenang2an, dalam lebih kurang pukul 3.00 ptg majlis pun bersurai tapi agenda mummy bukan hanya di restaurant nelayan saje, mummy pun sambung desert pulak lak snowflakes di the Sphere, mummy, mak ngah, umi & ibu order ABC yang berbeza2, mummy order mango, mak ngah order honeydew, umi punyer special & ibu pulak coklat, nilah first time mummy makan kat situ, rasanye HEAVEN bak kata aunty yun, walaupun mummy selalu shopping groceries kat c4, tapi tak pulak pernah terfikir nak makan kat situ sebab tempat nyer agak tersorok, tapi lepas ni setiap kali pergi c4, sure mummy akan singgah di snowflakes, masa makan ABC la waktu yang paling seronok sebab princess tido jadi taklah princess terliur tgk mummy makan, lebih kurang pukul 5.00 petang kita pun sampai kat rumah...

Thursday, January 7, 2010

Baju baru lagi

Semalam seperti yang dijanjikan bonda & acu pun pergi sogo beli brg untuk princess lagi, kali ni bonda beli shirt untuk gaun princess tapi bonda belikan lagi sepasang gaun yang lain, minggu ni je princess dah ada 3 gaun baru & 1 legging, bonda jugak belikan cawan dora , 3 bip minnie mouse, baju tido kiko & topi yang comel warna PINK, so lepas ni princess jangan nakal2 tau.
Masa mummy sampai rumah wan ma semalam, wan, atuk, acu & umi tgh makan malam, apa lagi mummy pun tumpang sekakilah sebab semalam lauk fav mummy masak tempoyak ikan bilis, selain dari tu ada buncis goreng & ikan goreng, tidak ketinggalan keropok goreng, YUMMY, lepas je makan mummy pun balik rumah mandi, basuh baju, iron baju princess & bersihkan botol princess, lepas je semuanye settle mummy pun pergi rumah uncle sebab umi dah bawak princess pergi rumah uncle kat tingkat 9, kat rumah uncle makan lagi, drummet, apple, satay & cakoi. Masa kat rumah uncle bukan main suka lagi princess sebab uncle ajuk suara abg ashraff (cucu pengasuh princess - 6thn), princess bukan main suka lagi kena agah ngan abg ashraff walaupun suara dia garau n gigi dia rongak. Dia dah pesan nanti bila princess dah besar boleh main basikal sama2 dengan dia dan sekolah kat tadika dia, smart reader, macam2 perancangan dia untuk princess.
Lebih kurang dekat pukul 10.00 malam kita pun balik rumah, princess terus tertido tapi tak sampai setengah jam princess bangun balik sebab nak susu, lepas je minum susu 2 auns, princess terus tertido sampai kul 6.00pagi, puas jugaklah mummy tido malam tadi sebab princess tak jaga, good girl, lepas je bangun kita terus kejutkan daddy, sementara mummy buat susu princess pun duduk dengan daddy masa tu daddy bagitau princess buat pelaburan, terpaksalah mummy bersihkan dulu sebelum bagi minum susu, lepas je minum susu kita pun pergi rumah wan ma pukul 7.10 untuk tata wan ma pergi sekolah, sampai je rumah wan ma, wan ma tgh bersiap, lepas siap kita pun anta wan ma sampai kat kereta, hari ni ibu tak keja sebab malas jadi wan pergi ngan uncle. Sebelum naik atas, mummy beli sarapan pagi untuk semua dulu, tapi untuk princess mestilah mummy buatkan susu yang paling sedap sekali, air tangan mummy, he he he

Wednesday, January 6, 2010

REUNION

Sebenar2nye mummy tak sabar sangat nak pergi reunion ahad ni kat Restaurant Nelayan Tasik Titiwangsa, mula2 mummy plan nak buat kat Hale's Kitchen kat Kg Baru tapi sambutan tak berapa memberangsangkan, tapi tak pe, yang pernting dapat jumpa kekawan lama n boleh chit chat chit chat, apapun yang buat mummy tak sabar sebab mummy boleh jumpa anak mummy irdina sofia (anak angkat), dah dekat setahun mummy tak jumpa dia, dah 3 tahun dah anak mummy tu.
Masa majlis tu nanti mummy tak tahu nak pakaikan princess baju apa, nak pakai baju yang beli kat aunty linda, cam lopet pulak, nasib baik semalam bonda ada belikan gaun overall kiko kat sogo tapi tak ada shirt yang sesuai jadi terpaksalah bondo pergi sogo balik semata2 nak belikan shirt baru, sambil tu bolehlah mummy kirim mainan & cawan untuk princess. Cawan tu mummy kirim sebab sekarang wan dah bagi princess makan, so cawan tu boleh guna untuk air masak, princess pun sekarang bukan main pandai minum air guna cawan, sebenarnya masa kat icu lagi (baru lahir) princess dah minum susu formula pakai cawan, pandai betul princess minum, laju kemain sekali minum sampai 3 cawan, buat malu mummy je ngan nurse tu, he he he.
Hari tu nanti aunty mass kata nak beli cake untuk birthday husband dia, so mummy katalah yang mummy suka makan classic cheese kat secret receipe, rupanya aunty mass pun suka cake yang sama, harap2lah dia beli classic cheese untuk reunion ni nanti. Mummy pulak dah order cup cake kat vanilapod, nasib baik ada delivery service, takyah mummy susah2 nak pergi ambik, mummy doa, majlis tu berjalan lancar, cuaca baik & paling penting princess mummy ni jangan nakal2 tau ari tu nanti...

Tuesday, January 5, 2010

syukur alhamdulillah

Kat sini mummy nak bagitau yang hari khamis lepas mummy pergi jusco untuk belikan nenek mummy cadar, mummy ingatkan untuk katil perempuan, so seperti biasa mummy pilih warna PINK, rupanye nenek mummy nak bagi cadar tu tuk cik faliq, kesian cik faliq pakai cadar warna PINK kat UITM, sorry cik faliq, masa kat situ kebetulan mummy jumpa storage box yang daddy pesan so mummy pun terus beli, punyelah besar sampai 2 kali mummy kena pergi hantar barang kat kereta sebab tak muat troli, mummy beli 3 je untuk simpan barang2 daddy dalam bilik stor, nanti taklah semak sangat stor kita tu.
On the way nak balik tu mummy singgah jap ke kedai fav mummy, tak sangka pulak terjumpa kasut yang mummy cari untuk sesuaikan dengan costume birthday princess nanti, walaupun warnanyer putih terpaksalah mummy belikan jugak, harap2 lepas ni mummy jumpa design untuk cake princess nanti, tak lah pening kepala mummy sebab design cuppies mummy dah jumpa.
Hari isnin baru2 ni mummy saje je singgah jusco lagi untuk tapau lunch n beli stokin princess tak sangka jumpa lak langsir yang sesuai untuk rumah kita, terpaksalah mummy beli sebab nanti sure tak ada stok, so raya ni langsir & sarung cushion dah settle, alhamdulillah ...

Sunday, January 3, 2010

emmmm

hari malas pulak mummy nak fikirkan apa tajuk untuk new post mummy kali ini, cuma hari ini mummy gembira sangat sebab semua barang yang mummy order melalui on-line dah dapat, pagi2 lagi courier service dah datang hantar bungkusan yang pertama, untuk bungkusan yang pertama, mummy belikan princess mummy ni dry shelf for feeding bottle & hanger 4 pillow, senanglah mummy nak kering kan botol susu anak mummy & bantal anak mummy ni, mummy ada beli rack brand FIFFY tapi tak elok sangat sebab bottle tak 100% kering, rak ini ok sikit walaupun harganya agak mahal berbanding fiffty, lagi satu hanger untuk gantung bantal anak mummy, maklum ajelah mummy yang lain belikan satu je bantal untuk anak dia tapi mummy belikan aira dekat 10 bantal, he he he, jadi senanglah bantal aira nak kering nanti.
Untuk bungkusan yang ke-2 pulak, mummy belikan aira baby carrier brand mothercare - 4 position, mummy tak plan pun nak beli tapi memandangkan sekarang ni aira tak nak duduk kat stroller bila kita pergi shopping sebab susah nak tgk sekeliling, jadi terpaksalah mummy belikan jugak. Apapun bila aunty linda upload baju terbaru mesti mummy akan TERBELI punyer, so esok aira akan dapat baju baru, tadipun mummy ada belikan stokin 6 pasang untuk aira & 3 helai sapu tangan untuk aira gunakan bila minum susu, nanti taklah comot anak mummy ni.