Sunday, January 3, 2010

emmmm

hari malas pulak mummy nak fikirkan apa tajuk untuk new post mummy kali ini, cuma hari ini mummy gembira sangat sebab semua barang yang mummy order melalui on-line dah dapat, pagi2 lagi courier service dah datang hantar bungkusan yang pertama, untuk bungkusan yang pertama, mummy belikan princess mummy ni dry shelf for feeding bottle & hanger 4 pillow, senanglah mummy nak kering kan botol susu anak mummy & bantal anak mummy ni, mummy ada beli rack brand FIFFY tapi tak elok sangat sebab bottle tak 100% kering, rak ini ok sikit walaupun harganya agak mahal berbanding fiffty, lagi satu hanger untuk gantung bantal anak mummy, maklum ajelah mummy yang lain belikan satu je bantal untuk anak dia tapi mummy belikan aira dekat 10 bantal, he he he, jadi senanglah bantal aira nak kering nanti.
Untuk bungkusan yang ke-2 pulak, mummy belikan aira baby carrier brand mothercare - 4 position, mummy tak plan pun nak beli tapi memandangkan sekarang ni aira tak nak duduk kat stroller bila kita pergi shopping sebab susah nak tgk sekeliling, jadi terpaksalah mummy belikan jugak. Apapun bila aunty linda upload baju terbaru mesti mummy akan TERBELI punyer, so esok aira akan dapat baju baru, tadipun mummy ada belikan stokin 6 pasang untuk aira & 3 helai sapu tangan untuk aira gunakan bila minum susu, nanti taklah comot anak mummy ni.

No comments:

Post a Comment