Sunday, March 21, 2010

Happy Belated Birthday Aunty @ Mama Siti

Nampaknye aunty @ mama siti yang membuka tirai birthday pada tahun 2010, inilah kali pertama kita celebrate birthday aunty selepas aunty bergelar isteri kepada uncle pada bulan julai tahun lepas, uncle pun tak tahu yang kita nak buat suprise birthday party buat aunty sebab uncle plan nak celebrate ngan keluarga kita pada mulanye, tapi keluarga aunty pun nak celebrate birthday aunty jugak, jadi hari sabtu celebrate ngan kelaurga aunty & hari ahad celebrate dengan keluarga uncle merangkap keluarga kita. Mula2 mummy call uncle bagitau yang Aunty Sharmi celebrate birthday anak dia kat A&W Taman Jaya, disebabkan daddy kerja jadi mummy mintak uncle send kita ke sana, uncle pun setuju, masa tu uncle baru balik wedding, so mummy suruh dia balik rumah tukar baju dulu sebelum pergi sebab mummy bagitau yang Aunty Sharmi jemput dia makan dulu, mula2 uncle tak setuju sebab segan, dia ingat kat rumah, tapi bila mummy cakap kat A&W dia setuju, puaslah mummy bagitau yang Aunty Sharmi akan hantar mummy balik sebab dia risaukan aira, sampai jer kat A&W, uncle pulak parking kat area ibu parking, puaslah mummy bawak aunty lalu jalan sempit takut aunty perasan kereta ibu, wan pulak parking kat jauh takut uncle perasan kesian wan, nasib baik uncle & aunty tak perasan, sampai je kat dalam kebetulan ada orang buat birthday party, he he he, bila mummy bawak aunty kat meja, aunty & uncle terkejut sbb wan, datuk, ibu, uncle , acu & umi dah ada di situ, bertambah terkejut lagi cake yang di atas meja tulis nama aunty, aunty cakap dia terharu sangat, untuk uncle jangan lupa yer bayar balik duit cake n jamuan pada hari tu, hu hu hu. Lepas jer majlis selesai, masa nak kuar kat pintu, betul2 Aunty Sharmi ada kat situ, dia bawak anak2 dia makan kat situ, agaknye Aunty Sharmi macam tau jer nama dia disebut2 kat A&W, he he he.

10.30am - Wan Ma decide nak celebrate birthday aunty petang ni, so mula2 kena beli cake dulu tapi mummy belum mandi, apa lagi lepas jer mummy mandi, wan, aira & mummy pun menuju ke kedai cake berhampiran, mula2 kita decide nak pergi kat Bangsar, on the way ke sana, wan suruh mummy u-turn sebab kat Bangsar South ada Secret Receipe, sampai jer kat Secret Receipe jam menunjukkan tepat kul 12.00, so mummy & wan decide lunch sekali kat sana, wan order Tomyam Kung, mummy lak order grilled chicken with rice n for princess wan orderkan Carrot Slice pujaan hati mummy, princess makan sikit jer sebab mengantuk n terus tertido. Untuk cake aunty pulak mummy decide untuk beli Yogurt Cheesecake yang dilimpahi Rasberry Sauce pujaan hati Wan, lepas jer makan, kita semua pun balik ke rumah. Mula2 wan decide nak celebrate kat Taman Jaya tapi disebabkan tak ada siapa yang rajin nak masak, mummy decide untuk buat kat A&W jer senang, tak yah nak penat2.

1.00pm - Sampai jer kat rumah wan bersiap untuk pergi wedding officemate datuk & mummy pulak ke dapur untuk siapkan hidangan tgh hari untuk daddy, disebabkan minyak ada sikit jer, mummy cuma sempat masakkan sambal sardin, bayam goreng n telur dadar special untuk daddy, he he he, sebenarnye mummy malas nak masak sebab dah kenyang.

4.00pm - Aira, mummy, uncle & aunty bertolak ke A&W, sampai jer di sana, acara memotong cake dimulakan, lepas jer makan semua orang pun balik, bila masuk jer dalam kereta hujan pun turun dengan lebatnyer....

Happy 7M Birthday Princess Aira

8.00pm - Semua dah bersiap untuk pergi kenduri kawin abg khir kat Jenjarum, Banting, disebabkan jem yang sedikit teruk kami sampai di rumah pengantin lebih kurang pukul 9.30pm, sampai jer kat sana apa lagi la, MAKAN TIME, mula2 mummy makan SOTO AYAM, pastu makan CHINESE FRIED RICE, lauk pauk n WEDGES with BLACK PAPER SAUCE, YUMMY, nasib baik ada cik ani kat sana untuk baby sit aira, lebih kurang pukul 10.30pm kita pun bertolak balik, seperti biasa aira sure tido bila masuk kereta, mummy pun tertido sama.

11.00pm - bila mummy terjaga rupanyer semua berhenti kat petrol pump untuk pergi toilet, patutlah semua masuk toilet rupanyer semua orang nak pergi i-City kat Shah Alam, nasib baik mummy bawak stroller sebab princess tido kalo tak siapa lak nak dukung princess sebab semua orang sibuk nak bergambar, rupanyer ibu, uncle n umi dah pergi kat sana terlebih dahulu, mula2 kita masuk kat rumah salji, sejuk kat sana, BEST, lepas tu pergi pusing2 kat seluruh kawasan yang ada lampu, dahlah battery camera mummy low, nasib baik boleh snap picture lagi, masa kat sana mummy nak belikan hair band yang ada lampu bentuk mickey mouse, tapi dah habis jadi mummy belikan stick yang berlampu yang ada patung dora, he he he, rambut dora kan macam rambut mummy, lain kali mummy nak pergi lagi tapi awal sikit supaya princess boleh tgk lampu kat sana.

12.30pm - selamat sampai di rumah, lepas jer princess minum susu princess pun sambung tido balik, nasib baik tido kalo jaga alamak nayala mummy...

SUNAT

Friday - 19-03-2010

10.00am - Lebih kurang pukul 10.30 pagi aira, mummy n daddy sampai di Klinik Keluarga untuk sunatkan aira, mula2 mummy decide nak bawak aira jumpa Dr Alwi tapi wan cakap lebih elok cari dr perempuan, kebetulan di Klinik Keluarga sebelah pagi dr perempuan, sebelum aira punyer turn ada jugak baby girl yang datang untuk sunat, dia kecik lagi n nangis sikit jer, bila time aira disunatkan, aira pun nangis sikit jer, lepas jer sunat aira terus duduk seperti biasa, dr tu punyerlah terkejut,
Dr : anak u buat apa ni
Mummy : duduklah dr
Dr : macam mana dia boleh duduk sendiri patutnyer at her age sit with support, anak u nak masuk 7M ke 8M
Mummy : tomorrow 7M la dr
Dr : first time i jumpa baby yang duduk cepat, anak i pun tak cepat macam dia (dr tu pun citalah kekejutan dia kat asst dia)
Mummy : (mummy saje jer terkejutkan dr tu lagi dengan memberitahu) actually my daughter dah boleh berdiri n berjalan dengan berpaut pada usia 6 bulan (lagilah dr tu terkejut, dia suggest mummy tgk kat u tube macam mana nak train brain princess supaya lebih cepat belajar n etc
Lama jugaklah mummy bersembang ngan dr tu, macam kawan lama lak & yang pasti patient lain sure bengkek giler sebab turn aira lama sangat

11.00am - Sampai jer kat rumah mummy pun sediakan hidangan tgh hari, nasi arab, ayam goreng arab n sambal tomato, patutnyer buat acar timun n nenas, mummy malas nak buat he he he, untuk princess lak seperti biasa bubur nasi + ayam + kentang + carrot, YUMMY

2.00pm - Tibalah masa yang mummy tunggu2, pergi bb fair kat MV, sampai jer kat MV lebih kurang pukul 2.30, sementara tunggu acu pergi survey kita pun pergilah kat tingkat 3 kat MV, tahun ni tak best sangat sebab sikit jer yang participate, mummy tak beli aper sebab tak menarik sangat, mummy cuma belikan toothbrush untuk princess n mummy lak beli magazines n novel, lepas jer pusing kat situ, acu pun pergi survey n mummy bawak princess n abg amal makan ice cream kat baskin robin, seperti biasa mummy belikan princess perisa vanilla n abg amal pilih perisa mint

4.00 pm - Lepas jer makan ice cream, seperti biasa mummy mesti bawak princess kat toyRus, sebelum sampai kat situ, mummy singgah kat Party Princess utk belikan hair clip untuk princess, mummy beli 2 set &n 2 barang lagi untuk birthday party aira nanti, kat toyRus pulak mummy belikan princess first walker yang ada music, masa kat situ, princess bukan main seronok sangat ketawa kuat sampai terlompat2 sebab seronok tgk mainan banyak sangat, princess tahu toyRus mmg tempat mainan kot, he he he mummy jugak belikan abg amal remote car kat Jusco masa tukarkan diaper princess.

6.00 pm - Sebelum balik kita singgah kat Carrefour untuk belikan groceries untuk wan, masa nak pergi kat parking mummy terjumpa aunty Sharmi n anak2 dia, tak dapat nak jumpa kat bb fair terjumpa lak kat parking, he he he ...

Wednesday, March 17, 2010

Lagi 3 hari ..


Lagi 3 hari jer lagi aira akan menyambut hari jadi yang ke-7 bulan, happy birthday in advance sayang mummy, sebenarnye mummy sungguh bangga dengan pencapaian aira sekarang ni pada usia menjelang 7 bulan aira sudah boleh duduk dengan sendirinye, boleh merangkak dengan lajunyer dan boleh berdiri dan berjalan sambil berpaut, good job princess aira, cuma aira belum tumbuh gigi jer lagi, tak perlah sayang, lambat tumbuh lambatlah runtuh ye tak.

Sekarang ni aira bukan main manja lagi dengan mummy, bila mummy balik rumah, wan ma pun aira dah tak heran yer, tak baik macam tu, dahlah wan ma yang jaga aira dari aira lahir lagi, kalau aira demam pun, wan yang akan berjaga malam, mummy cuma tgk jer, he he he, wan jugak yang akan masakkan aira punyer bubur, jadi kita kena ucapkan jutaan terima kasih kepada wan ma, semoga wan ma dipanjangkan usia, bolehlah wan ma tgk aira membesar sampai masuk universiti.

Kalau dulu mummy mandikan aira kat sink jer sekarang ni mummy kena mandikan dalam bathroom, aira terlalu tinggi untuk mandikan kat sink, mummy tgk aira bukan main enjoy lagi main air dalam bathtub aira, sikit pun tak nangis, nanti kalau ada masa mummy bawak aira mandi kat pool pulak yer sayang, tak sabar mummy nak tunggu aira berjalan, masa tu penatlah mummy nak kejar aira, sekarang ni pun aira bukan main lasak jer, semua bilik aira nak masuk dan tempat yang paling aira suka adalah dapur, anak dara mesti pandai ke dapaur tau sayang, okaylah, hari sabtu ni kita akan celebrate birthday aira sekali dengan birthday mama siti, mesti seronok...

Thursday, March 4, 2010

Nurul Zinierah

Dah lama sangat nampaknyer mummy tak update blog princess aira ni, tak de idea sebenarnye, apapun mummy nak ambil kesempatan di sini untuk ucapkan tahniah kepada kawan baik mummy aunty nurul bazliah sebab dapat baby girl pada 03-03-2010, tarikh yang cantik, senang nak ingat.

Awal2 lagi bila aunty nurul bagitau yang dr sahkan bb dia girl mummy pun apa lagi belikan present baju newborn colour white n purple, mummy ni giler warna PINK, aunty nurul lak giler warna PURPLE, alhamdulillah ada lak baju warna purple yang comel, selain tu mummy belikan sarung tangan n kaki yang tulis ADORABLE macam umi belikan aira, mesti comel bila zinierah pakai nanti, aunty nurul sebenarnye request present lain tapi yang tu lambat lagi nak guna, jadi mummy hadiahkan baju dulu, tak sabar rasanyer nak tunggu ahad ni sebab kita berdua ngan uncle zam n aunty dura akan melawat nurul zinierah yang comel itu dan pagi ni nasib baik mummy terima baju princess yang mummy order kat FB, nasib baik posmen tu called jadi mummy suruh dia tinggalkan kat office sebelah sebab office mummy bukak kul sepuluh, kalo tak bila dia dah tinggalkan sorry note terpaksalah mummy ambik kat pos office isnin ni, tak sabar nak laramkan princess mummy ngan baju baru, mesti daddy pening kepala mummy asyik beli baju baru, rasanyer dah lebih 10 helai baju baru princess, he he he