Wednesday, March 17, 2010

Lagi 3 hari ..


Lagi 3 hari jer lagi aira akan menyambut hari jadi yang ke-7 bulan, happy birthday in advance sayang mummy, sebenarnye mummy sungguh bangga dengan pencapaian aira sekarang ni pada usia menjelang 7 bulan aira sudah boleh duduk dengan sendirinye, boleh merangkak dengan lajunyer dan boleh berdiri dan berjalan sambil berpaut, good job princess aira, cuma aira belum tumbuh gigi jer lagi, tak perlah sayang, lambat tumbuh lambatlah runtuh ye tak.

Sekarang ni aira bukan main manja lagi dengan mummy, bila mummy balik rumah, wan ma pun aira dah tak heran yer, tak baik macam tu, dahlah wan ma yang jaga aira dari aira lahir lagi, kalau aira demam pun, wan yang akan berjaga malam, mummy cuma tgk jer, he he he, wan jugak yang akan masakkan aira punyer bubur, jadi kita kena ucapkan jutaan terima kasih kepada wan ma, semoga wan ma dipanjangkan usia, bolehlah wan ma tgk aira membesar sampai masuk universiti.

Kalau dulu mummy mandikan aira kat sink jer sekarang ni mummy kena mandikan dalam bathroom, aira terlalu tinggi untuk mandikan kat sink, mummy tgk aira bukan main enjoy lagi main air dalam bathtub aira, sikit pun tak nangis, nanti kalau ada masa mummy bawak aira mandi kat pool pulak yer sayang, tak sabar mummy nak tunggu aira berjalan, masa tu penatlah mummy nak kejar aira, sekarang ni pun aira bukan main lasak jer, semua bilik aira nak masuk dan tempat yang paling aira suka adalah dapur, anak dara mesti pandai ke dapaur tau sayang, okaylah, hari sabtu ni kita akan celebrate birthday aira sekali dengan birthday mama siti, mesti seronok...

No comments:

Post a Comment