Saturday, August 21, 2010

happy birthday princess AIRA




Akhirnyer masa yg di tunggu2 telah tiba, banyak jugak preparation awal yg mummy dah buat, utk mini birthday bash kali ini mummy tempah cake kat secret recipe, balloon & foil kat balloon buzz, makanan dari dapur wan ma & baju disponsor oleh bonda dari mothercare, pada hari tersebut mummy ambik halfday leave semata2 takut tak cukup masa, balik je dari office mummy terus :-




12.30 - 1.00 on the way from office


1.00 - 1.30 ambik wan ma dari beli ikan


1.30 - 3.00 kemas & mop rumah


3.00 - 5.00 ambik balloon & foil, cake & beli bebola daging utk wan ma


5.00 - 7.00 pump balloon & masak ayam goreng kentucky


7.00 - 8.30 berbuka & buat preparation


8.30 - 11.30 mini bday bash princess AIRA




Walaupun masa agak terhad akhirnye semuanyer berjalan dengan lancar, pada malam tersebut bobo aka khalisa pun pakai tee yg sama sebab hari tu pun bobo genap 4 bulan. Antara tetamu yg hadir pada hari tersebut ialah aunty farah & family, cik leen, mak ngah & kak wa wa, abg asyraf & kak najiha, abg ammar & kak ika serta pak long afiq, terima kasih sbb sudi luangkan masa & membantu apa yg patut.




Kebetulan daddy keja malam pada hari tersebut, dapatla daddy join kita pada malam tersebut, sebenarnya daddy kerja shift tu la sbb daddy selalu jarang bersama aira & mummy tapi biasala ada jugak mulut jahat yg cakap bukan2, apapun abaikan. Masa acara potong cake princess aira mengamuk sbb tak dapat pegang cake & menangis sbb nak susu, mummy sengaja tak nak bagi takut princess tertido tapi sebenarnye princess nak tambah tenaga, he he he. Masa nak potong cake jugak mummy lupa nak keluarkan balloon with helium & foil so terpaksala princess aira posing lagi sekali, kesian dia, apapun mummy harap semua orang happy pada malam tersebut terutama princess AIRA sbb dah lama mummy rancang nak buat semua ini.




Akhir sekali mummy doakan semua yg TERBAIK buat prinecss mummy ini, salam peluk & cium buat puteri mummy yg seorang ini.

Tuesday, June 15, 2010

4 bulan kedua

aira berusia 8 bulan

aira berusia 7 bulan

aira berusia 6 bulan

aira berusia 5 bulan




Monday, June 14, 2010

4 bulan pertama

aira berusia 4 bulan
aira berusia 3 bulan

aira berusia 2 bulan

aira berusia 1 bulan

berusia 6 hari setelah keluar ward





memperkenalkan KHAIRA KHALISA a.k.a adik sepupu AIRA INSYIRAH

  1. khaira versi tido

khaira versi jaga

nama saya khaira khalisa

saya adik sepupu princess aira, kak long ra lahir 20-08-09, saya lahir 20-04-10




princess aira versi ANAK DARA SUNTI

Sebenarnye mummy tak sabar nak tunggu hari raya untuk pakaikan anak dara mummy ni baju kurung, so mummy pakaikanlah bila aira ikut datuk & wan ma pergi kenduri kawin, he he he


kesayangan datuk

princess aira dah boleh JALAN


Dah lama sangat mummy tak upload blog princess aira mummy ni, tak ada masa & malas sebenarnye, apapun tinggal lagi 6 hari lagi untuk princess aira berusia 10 bulan, mummy bangga dengan pencapaian princess kesayangan mummy ni, banyak milestone princess yg mummy malas nak record apapun dari princess lahir semuanye lebih kurang mcm ni lah :-

masa lahir - cuma tahu menangis aje
kalau nak minum susu mesti menangis sambil menari bak kata nurse kat MHKL
kalau nak tido pulak mesti gosok mata
2 bulan setengah - MENIARAP
5 bulan setengah - MERANGKAK
6 bulan setengah - DUDUK (kalau tak silap sbb sebelum 7 bulan princess dah boleh duduk, terkejut dr kat KLINIK KELUARGA tu)
8 bulan setengah - dah berjalan 2 tiga tapak
9 bulan setengah - dah boleh berjalan dengan langkah yg lebih panjang & ada 4 batang gigi

antara perkataan yg princess selalu sebut :

ema
mama
my - mummy
daddy
tata

princess juga suka ikut apa yg mummy atau orang lain buat contohnyer mummy suka epok2 bila princess nak tido, princess pun akan epok2 mummy jugak, bagus betul anak mummy ni, princess paling susah nak kiss orang tapi ngan khaira princess asyik nak kiss je, apapun lebih kurang usia princess 9 bulan la princess bagi morning kiss kat mulut mummy sebanyak 2 kali, terkejut mummy & mummy rasa terharu sangat

masa princess lahir dulu berat princess cuma 3.5kg aje, masa usia 9 bulan dah 8.1kg, mantap woo anak mummy ni, kalau kat tin susu tu tulis sehari minum 3 kali sebanyak 7 oz, princess minum 7 kali sehari sebanyak 7 atau 4 oz, hu hu hu

masa ulang tahun pertama princess nanti mesti princess dah boleh berlari dengan lajunyer, masa tu penatla mummy nak kejar....

Sunday, March 21, 2010

Happy Belated Birthday Aunty @ Mama Siti

Nampaknye aunty @ mama siti yang membuka tirai birthday pada tahun 2010, inilah kali pertama kita celebrate birthday aunty selepas aunty bergelar isteri kepada uncle pada bulan julai tahun lepas, uncle pun tak tahu yang kita nak buat suprise birthday party buat aunty sebab uncle plan nak celebrate ngan keluarga kita pada mulanye, tapi keluarga aunty pun nak celebrate birthday aunty jugak, jadi hari sabtu celebrate ngan kelaurga aunty & hari ahad celebrate dengan keluarga uncle merangkap keluarga kita. Mula2 mummy call uncle bagitau yang Aunty Sharmi celebrate birthday anak dia kat A&W Taman Jaya, disebabkan daddy kerja jadi mummy mintak uncle send kita ke sana, uncle pun setuju, masa tu uncle baru balik wedding, so mummy suruh dia balik rumah tukar baju dulu sebelum pergi sebab mummy bagitau yang Aunty Sharmi jemput dia makan dulu, mula2 uncle tak setuju sebab segan, dia ingat kat rumah, tapi bila mummy cakap kat A&W dia setuju, puaslah mummy bagitau yang Aunty Sharmi akan hantar mummy balik sebab dia risaukan aira, sampai jer kat A&W, uncle pulak parking kat area ibu parking, puaslah mummy bawak aunty lalu jalan sempit takut aunty perasan kereta ibu, wan pulak parking kat jauh takut uncle perasan kesian wan, nasib baik uncle & aunty tak perasan, sampai je kat dalam kebetulan ada orang buat birthday party, he he he, bila mummy bawak aunty kat meja, aunty & uncle terkejut sbb wan, datuk, ibu, uncle , acu & umi dah ada di situ, bertambah terkejut lagi cake yang di atas meja tulis nama aunty, aunty cakap dia terharu sangat, untuk uncle jangan lupa yer bayar balik duit cake n jamuan pada hari tu, hu hu hu. Lepas jer majlis selesai, masa nak kuar kat pintu, betul2 Aunty Sharmi ada kat situ, dia bawak anak2 dia makan kat situ, agaknye Aunty Sharmi macam tau jer nama dia disebut2 kat A&W, he he he.

10.30am - Wan Ma decide nak celebrate birthday aunty petang ni, so mula2 kena beli cake dulu tapi mummy belum mandi, apa lagi lepas jer mummy mandi, wan, aira & mummy pun menuju ke kedai cake berhampiran, mula2 kita decide nak pergi kat Bangsar, on the way ke sana, wan suruh mummy u-turn sebab kat Bangsar South ada Secret Receipe, sampai jer kat Secret Receipe jam menunjukkan tepat kul 12.00, so mummy & wan decide lunch sekali kat sana, wan order Tomyam Kung, mummy lak order grilled chicken with rice n for princess wan orderkan Carrot Slice pujaan hati mummy, princess makan sikit jer sebab mengantuk n terus tertido. Untuk cake aunty pulak mummy decide untuk beli Yogurt Cheesecake yang dilimpahi Rasberry Sauce pujaan hati Wan, lepas jer makan, kita semua pun balik ke rumah. Mula2 wan decide nak celebrate kat Taman Jaya tapi disebabkan tak ada siapa yang rajin nak masak, mummy decide untuk buat kat A&W jer senang, tak yah nak penat2.

1.00pm - Sampai jer kat rumah wan bersiap untuk pergi wedding officemate datuk & mummy pulak ke dapur untuk siapkan hidangan tgh hari untuk daddy, disebabkan minyak ada sikit jer, mummy cuma sempat masakkan sambal sardin, bayam goreng n telur dadar special untuk daddy, he he he, sebenarnye mummy malas nak masak sebab dah kenyang.

4.00pm - Aira, mummy, uncle & aunty bertolak ke A&W, sampai jer di sana, acara memotong cake dimulakan, lepas jer makan semua orang pun balik, bila masuk jer dalam kereta hujan pun turun dengan lebatnyer....